Aku minta kepada Allah,
Setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri.

Aku minta kupu-kupu,
Diberi ulat bulu.

Aku sedih dan kecewa,
Namun kemudian,
Kaktus itu berbunga,
Indah sekali,
Dan ulat itu pun,
Menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan Allah,
Indah pada masanya,
Allah tidak memberi
Apa yang kita harapkan,
Tetapi Allah memberi
Apa yang kita perlukan.

Kadang kita sedih, kecewa dan terluka,
Tetapi jauh di atas segalanya,
Dia telah mengatur yang terbaik
Dalam kehidupan kita.
Langkahku ke UPSI telah membuka satu episod yang baru sebagai bakal pendidik.
Insyaallah pengajianku di sini akan berakhir pada tahun 2012.
Walaupun pengajian ku tamat, ini tidak bererti pembelajaranku juga akan tamat.
Pembelajaran adalah sepanjang hayat. Lifelong learning.
Aku akan terus belajar dan belajar.
Impianku bukan sahaja ingin menggenggam segulung ijazah, tetapi mahu menggenggam sebanyak mungkin ijazah dan meneruskan pelajaran ke peringkat yang tertinggi iaitu PhD.
Insyaallah.



Spreadsheet adalah sistem garis yang dapat menyusun data dalam bentuk column dan row.
Ianya memudahkan kita dalam mempamerkan maklumat. Selain itu, maklumat tersebut dapat disaring dan disusun dengan mudah.

Antara kelebihan menggunakan spreadsheet ini ialah:
1. Dapat merekod markah para pelajar dan dapat menentukan purata markah pelajar.
2. Menjimatkan masa.
3. Boleh digunakan untuk pelbagai subjek.
Semuanya bermula di sini, apabila aku menjejakkan kaki ke bumi UPSI. Statusku kini adalah sebagai seorang bakal guru. Aku akan menjadi seorang guru tidak lama lagi. Niatku hanya satu iaitu untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsaku.

Aku harap aku akan menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, komited, penyayang dan mampu melahirkan anak-anak bangsa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam sahsiah.

Aku tidak akan berpaling ke belakang. Aku akan terus melangkah dan mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru tidak lama lagi. Aku tahu, kerjaya sebagai seorang guru bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Namun, itu adalah cita-citaku. Aku tidak menyesal kerana menceburkan diri dalam arena pendidikan ini.

Wallahhualam.




Cooliris merupakan salah satu add ons yang terdapat dalam Firefox. Cooliris membuat tampilan Firefox lebih cantik terutamanya jika kita sedang melakukan pencarian imej atau mencari gambar.

Cooliris amat sesuai digunakan untuk menarik perhatian pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Fungsinya sama seperti power point biasa. Namun, penggunaan cooliris ini lebih menarik dan canggih.





Camstudio ialah satu software yang berguna untuk merakam skrin komputer.

Ia amat berguna untuk beberapa kegunaan:
1- ia merekod/rakam skrin komputer, termasuk pengajian yang diadakan melalui "sidang web". Kita boleh lihat semula rakaman selepas kelas. Jadi kita tidak akan ketinggalan jika sekiranya terpaksa menghabiskan masa yang lama "di tandas" sewaktu kelas sedang berjalan misalnya.

2-Boleh membantu rakan sekelas anda yang bermasalah untuk menyertai kelas dengan berkongsi rakaman tersebut.

3-Boleh simpan atau arkibkan rakaman sebagai rujukan. Mungkin pengajar akan berikan tips-tips penting dan kita lupa menyalinnya. Jadi dengan merakam kelas tersebut, kita boleh merujuk semula rakaman tersebut.

Camstudio ini amat berguna bukan sahaja kepada pelajar, malah juga kepada guru itu sendiri. Guru misalnya boleh merakamkan pengajaran yang akan dilakukan dan memindahkannya atau uploadkan ke dalam internet. Oleh itu, jika guru tersebut tidak dapat hadir ke kelas, sesi pengajaran dan pembelajaran tetap akan dijalankan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran guru tersebut.

Melalui camstudio ini, saya telah mengaplikasikannya semasa melakukan presentation kursus Cell Biology. Alhamdulillah, nampaknya, ilmu ini membantu saya.



SMARTBOARD adalah media penyampaian dan media informasi yang berasal dari Kanada yang memiliki kemampuan merakam sesuatu peyampaian termasuklah melakukan 'Conference Preentation'.

Fungsi utama smartboard adalah memindahkan fungsi PC/Laptop kepada board atau LCD. Apabila pada PC/Laptop terdapat keyboard atau papan kekunci, tetikus dan monitor, maka pada smartboard ini semua fungsi tersebut menjadi satu atau 'all in one'. Memiliki Virtual keyboard, mouse iaitu jari kita (taouchscreen) dan tentu sahaja board/ LCD pada smartboard sebagai monitor.

Dengan memiliki 4 pen dan satu pemadam digital, smartboard ini memudahkan kita melakukan persembahan seperti menggunakan papan putih biasa dan boleh disimpan ke dalam beberapa file seperti laman web(html).

Antara kelebihan smartboard ialah ianya mempunyai pengubah tulisan tangan menjadi tulisan teks pada komputer, pengubah tulisan tangan kepada bentuk gambar dan mempunyai cropping system.

Di UPSI, inilah pertama kali saya menggunakan smartboard. Penggunaan smartboard ini mampu menarik perhatian para pelajar. Insyaallah, saya akan menggunakan kaedah penyampaian seperti ini dalam sesi pengajaran nanti. Tidak sabar rasanya mahu bergelar seorang pendidik.



Inilah antara gambar yang telah saya edit menggunakan Picasa. Gambar-gambar tersebut boleh disusun mengikut kreativiti sendiri. Gambar-gambar yang kurang menarik juga boleh dibaiki dengan menggunakan Picasa.